Fadhilat Ramadhan

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 11 Ogos 2010 01:12 Ditulis oleh Admin Rabu, 11 Ogos 2010 00:00

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
 

Ramadhan datang lagi.

Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 10 Ogos 2010 07:15 Ditulis oleh Admin Selasa, 10 Ogos 2010 06:54

2812077474_922890e009Ramadhan datang lagi. Apakah reaksi kita dengan kehadiran Ramadhan kali ini. Adakah kita sambut dengan kegembiraan atau dengan kedukaan? Gembira kerana Allah masih beri kita peluang untuk merebut ganjaran yang telah disediakanNya. Atau berduka kerana kita tidak boleh bersenang senang dengan aktiviti yang biasa kita lakukan.


Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umumya dan warga KDM khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.

Semoga Ramadhan kali ini dapat mengekalkan diri kita untuk menjadi golongan orang² yang muttaqin ( memiliki hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T)

Semoga kita dapat mejaga puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya. Ini adalah puasa umum bagi kebanyakkan orang.

Sebagai seorang muslim yang baik, kita mesti menjadikan puasa kita sempurna, gemuk pahalanya sekurangnya mencapai taraf puasa ‘Al-Khusus iaitu dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

 

Melayu bukan pendatang

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 22 Julai 2010 05:32 Ditulis oleh Admin Khamis, 22 Julai 2010 05:26

KUALA LUMPUR: Rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak 40,000 tahun lalu dan bukannya berhijrah dari tanah besar utara di China, demikian menurut hasil kajian arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Pakar Arkeologi UKM, Prof Dr Nik Hassan Shuhaimi, berkata artifak yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi adalah berbentuk tempatan dan bukannya dibawa dari luar.
 

Festival Belia Malaysia

Isnin, 24 Mei 2010 14:03

Pada tahun ini Malaysia julung kalinya  akan menganjurkan festival belia yang terbesar. Tema utama bagi festival itu ialah Youth’10 dan akan diadakan di PWTC Kuala Lumpur bermula dari 28-30 mei 2010.

 

1000 kesilapan usahawan Melayu

Ditulis oleh Admin Selasa, 23 Mac 2010 03:26

Salam.. artikel ini saya ambil dari forum cari

Artikel ini adalah sebagai panduan sahaja. Bahasa yang digunakan mungkin singkatan dan ringkasan yang mungkin menyusahkan kawan-kawan untuk membacanya.Ini kerana saya cedok 100% dari forum tersebut tanpa diedit...

Untuk kawan-kawan dan juga semua. Thread ini mgkin sesuai buat usahawan Melayu
Bacalah dgn minda terbuka.....

Bg yg berjaya,ignore jela...ini adalah thread untuk membantu diri,kata omputih self development!Fikir positif ....Melakukan kesilapan bukan satu kebodohan,tapi ianya menjadi satu buku dalam kehidupan dan ia perlu dijadikan tauladan dan pengajaran dalam bisnes.

bab 1 : Kesilapan Pertama : Modal kecil hendak bsnes besarrr

aku ramai kawan...dari usahawan yang bergelar jutawan hinggalah manusia biasa bergelar penyapu sampahhh...
berkawan ramai tanpa mengira status tidak salah.Yg salah adalah memilih kawan berdasarkan status.....

Bila mendapat emel2 dari ramai manusia bermodalkan kecil,aku lega krn ramai Melayu minat berniaga,cuma rasa trkilan krn mereka mempunyai wang sedikit utk berniaga namun bercita2 tggi...

 

Artikel lagi...

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

«MulaSblm1234KemudianAkhir»