1community

sharing

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

ISLAM (Mentera vs Quran)
(1 viewing) (1) Guest

TOPIC: ISLAM (Mentera vs Quran)

8 months, 1 week ago Re:ISLAM (Mentera vs Quran) #31

Pembacaan mantera biasanya diucapkan dalam bahasa daerah masing2 (loghat).
Kebanyakkan orang2 dari kampung2 atau daerah pendalaman, jika mereka ingin merantau, kebiasaannya, mereka akan dibekalkan dengan 'amalan pengisian dibadan mereka' dengan petua2 atau mantera2 yang diajarkan oleh orang2 tua ditempat asal mereka sebagai pendinding diri.
Mengenai KAF 40 tu, putri tidak pernah mendengar atau mengetahui akan kisah2nya
Usaha yang gigih di iringi dengan doa langsung Tawakkaltu 'Alallah...

8 months, 1 week ago Re:ISLAM (Mentera vs Quran) #32

  • reffley
  • OFFLINE
  • Org Kg Sebelah
  • Posts: 157
  • Karma: 0
Segaramasin wrote:
Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhainya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda:

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda:

"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhainya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaannya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, hamba percaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Baik kita kembali balik topik heavy ni...

8 months, 1 week ago Re:ISLAM (Mentera vs Quran) #33

di sini tak leh post jawi ke.
Kau Adalah Yang 1

8 months, 1 week ago Re:ISLAM (Mentera vs Quran) #34

Segaramasin wrote:
di sini tak leh post jawi ke.

Jawi???
Lama putri tak menulis dalam tulisan jawi...
Apa kata, kita cuba macam ni...
Alif ya jim alif, ca alif ra alif, alif ya nun ya...
Faham tak tuanhamba dengan ejaan jawi yang putri rumi kan ni...
Usaha yang gigih di iringi dengan doa langsung Tawakkaltu 'Alallah...

8 months, 1 week ago Re:ISLAM (Mentera vs Quran) #35

  • reffley
  • OFFLINE
  • Org Kg Sebelah
  • Posts: 157
  • Karma: 0
putribunian wrote:
Segaramasin wrote:
Assalamualaikum, Salam Hamba.

Sebelum melayu menerima islam, doa-doa yang nenek moyang gunakan berupa mentera, jampi, lidah petua dsbnya....melalui pengalaman, mentera lebih berkesan kepada pesakit misteri terutama memindah dan mengeluarkan "saka".............
Berani korang beri pendapat !

Hmmm...
Mana ni warga2 KDM yang lain2...
Mehlah jawab thread 'pendekar' Segaramasin ni...
Tak kan putri ajer...
Kalau ramai yang menjawab, pasti laman ni akan menjadi lebih ceria...
Encik2 admin, sHiRo, mrpolie...
Mari lah sama2 reply...
Pada guest2 yang ada 4 atau 5 orang tu, apakata awak2 jadi ahli KDM dahulu, lepas tu leh tolong putri jawab sama thread2 yang ada...

8 months, 1 week ago Re:ISLAM (Mentera vs Quran) #36

  • reffley
  • OFFLINE
  • Org Kg Sebelah
  • Posts: 157
  • Karma: 0
reffley wrote:
Segaramasin wrote:
Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhainya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda:

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda:

"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhainya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaannya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, hamba percaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Baik kita kembali balik topik heavy ni...

7 months, 2 weeks ago Re:ISLAM (Mentera vs Quran) #37

  • reffley
  • OFFLINE
  • Org Kg Sebelah
  • Posts: 157
  • Karma: 0
putribunian wrote:
Segaramasin wrote:
di sini tak leh post jawi ke.

Jawi???
Lama putri tak menulis dalam tulisan jawi...
Apa kata, kita cuba macam ni...
Alif ya jim alif, ca alif ra alif, alif ya nun ya...
Faham tak tuanhamba dengan ejaan jawi yang putri rumi kan ni...



ta wau rah raya.. sin alif ya... kap ta ya ngah aha sim

kekeke
Moderators: bizplan, mrpolie, sHiRo, Yob Silver
Time to create page: 0.30 seconds

Login Form

Shoutbox

Turn off/on Options FAQ Kide Chat

terakhir 1 day 5 hours ago

mrpolie: salam
admin: salam semua
m_85: hai..
jaslinda: salam dan selamat pagi :)
G_1268: «link»
admin: selamat datang...
SHAM: salam.saya orang baru disini.tumpang lalu.. :)
admin: salam
admin: jemput masuk
admin: salam
G_2221: salam smua..
admin: salam jane
JaNe: salam admin
JaNe: salam admin
admin: lama x nampak
admin: salam shiro
sHiRo: salam (H)
admin: ko nak tukar ke?
mrpolie: senang kalo pandai mcm ko... kalo bebal mcm aku nie susah jugak
JaNe: .
JaNe: .
JaNe: .
admin: senang je tu..banyak tempate ada macam tu
admin: senang je tu..
mrpolie: yg gerak2 tu aku tak pernah cuba lagi
G_6340: salam ramadhan
admin: tu yg simple je tu
admin: huhu
admin: template free..
admin: huhuh
mrpolie: simple... header tu yg menarik... kena ajau aku nie camner nak buat
mrpolie: bro... cantik arr template nie
JaNe: Selamat Berbuka Puasa
admin: ok ok
mrpolie: (H)
mrpolie: aku nak kuar jap.. later2 sambung erk... choa

Kide Shoutbox v0.4.6


Name: G_3508
Message:


(H) :( :) :D :P :@ :S :O :$ (L) o.O

Siapa Online

  • [Bot]
  • [Google AdSense]
  • [Google]
  • [MSN]
  • [Yahoo]
Now online:
  • 6 guests
  • 5 robots
Latest members:
  • Aliahzakaria Send PM
  • Salmah Send PM
  • fadzilz Send PM
  • jaslinda Send PM
  • SHAM Send PM
Total members: 541

Mini Ad Spot

reduone.com Your ad here Joomla templates and extensions Your ad here Your ad here Your ad here Your ad here Your ad here Your ad here Your ad here Your ad here Your ad here

Sponsor Link

RajaMenangis
Raja Menangis Mengkiaskan Kisah Melayu.
Butik Anggun
Jom beli kain pasang/kain ela.. cantik dan murah.. klik je pada link...

Poll

KDM Terbaru.. macamana?
 


Our Recipes

thumbnail
pic Asam Pedas
pic Lauk Pauk  (2)
Rated: pointpointpointpointpoint  (1)
 
thumbnail
pic PIC CHEESE PIE
pic Kuih-Muih  (3)
Rated: No votes yet
 
thumbnail
pic Ayam Panggang Pudina
pic Masakan Ayam  (1)
Rated: No votes yet
 
thumbnail
pic Cup Cake
pic Kuih-Muih  (3)
Rated: No votes yet
 
thumbnail
pic Chocolate Chip Muffin
pic Kuih-Muih  (3)
Rated: pointpointpointpointpoint  (1)

Links Exchange

Copyright 2007-2009 Duniamelayu.net. Hakcipta terpelihara.

Penafian : Pihak pengurusan tidak terlibat secara langsung dengan pendapat dan kandungan yang diberikan oleh ahli didalam forum ini. Pihak KDM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.